Seorang bekas warden penjara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan menyamar sebagai pegawai polis minggu lalu. Tertuduh, Zakwan Mahuri, 44 membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liyana Mohd Darus.

Menurut pertuduhan, dia didapati berpura-pura memegang sesuatu jawatan tertentu sebagai seorang penjawat awam iaitu menyamar sebagai anggota polis dengan mengetahui dia tidak memegang jawatan itu.
 
Beliau didakwa dibawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 2 tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Kesalahan tersebut dilakukan di perkarangan Pejabat Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, kira-kira jam 9.50 pagi, 18 November lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sufi Aiman Azmi manakala tertuduh diwakili peguam, Ranjit Singh. Mahkamah kemudian ikat jamin RM2,000 dan menetapkan 21 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini