Semua warga agensi agama diberi pelepasan tugas untuk melakukan kerja sukarelawan dalam tempoh pemulihan pasca banjir.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, arahan tersebut berkuat kuasa serta merta sehingga satu masa yang ditetapkan kelak. 

Jelasnya, dalam tempoh yang sukar ini, agensi-agensi agama sentiasa bersedia menyalurkan bantuan dari segi wang ringgit, barangan keperluan sehinggalah tenaga kerja untuk mereka yang memerlukan, tidak mengira latar belakang.
 
Terdahulu, beliau menyerahkan bantuan Skuad Musaadah Keluarga Malaysia kepada pusat pemindahan sementara (PPS) SK Bukit Kemuning, Shah Alam, Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini