Seorang warga Argentina ditembak mati di sebuah lokasi pelancongan terkemuka, Playa del Carmen di selatan Mexico.

Mangsa, Federico Mazzoni menjadi sasaran jenayah keganasan terbaharu yang menyasarkan warga asing di destinasi pantai negara itu.

Identiti mangsa disahkan rakan dan media tempatan sebagai pengurus resort Mamitas.

Pejabat pendakwa negeri Quintana Roo telah memulakan siasatan mengenai kes berkenaan dan pasukan keselamatan juga digerakkan ke lokasi.

Minggu lalu sahaja, dua individu warga Kanada dengan rekod jenayah dibunuh di sebuah hotel berdekatan Cancun.

Pihak berkuasa menyifatkan kes berkenaan ada kaitan dengan pertikaian hutang melibatkan aktiviti jenayah antarabangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini