Amerika Syarikat menggesa rakyat negara itu tidak melawat Jerman dan Denmark ekoran kenaikan kes COVID-19 negara tersebut.

Jabatan Negara Amerika Syarikat mengeluarkan nasihat kategori keempat iaitu yang tertinggi untuk kedua-dua negara tersebut.

Pandemik kembali menular di Eropah  ekoran sebahagian penduduk  tidak mahu mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Di Jerman iaitu negara yang paling ramai penduduk di Eropah, hanya 68 peratus daripadanya telah menerima suntikan penuh COVID-19.

Negara tersebut telah menggesa semua golongan dewasa untuk mendapatkan suntikan penggalak bagi menghalang peningkatan kes pandemik COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini