Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 72 notis kepada pemandu warga asing di sekitar Pasar Borong Pandan, Johor Bahru, semalam.
 
Antara kesalahan tiada lesen memandu sah, tiada perlindungan insuran serta salah guna lesen kenderaan motor.

Warga asing terlibat berasal dari Pakistan, Myanmar, Bangladesh, dan India.
 
JPJ Johor turut menyita motosikal, empat kereta, lima van, serta sebuah lori kargo.
 
JPJ Johor akan terus memantau pergerakan pemandu, pemandu warga asing yang melakukan kesalahan, selain mengambil tindakan tegas kepada pemilik kenderaan yang membenarkan warga asing memandu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini