Warga asing yang melanggar SOP dan peraturan Covid-19 boleh diusir pulang ke negara asal mereka.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, terdapat juga dalam kalangan warga asing sengaja mencabar pihak berkuasa supaya megambil tindakan keatas mereka.

Jabatan Imigresen Malaysia, JIM tidak akan teragak- agak untuk membatalkan Pas dan sebarang kemudahan Imigresen yang telah diberikan.

Selain itu, senarai hitam juga akan dikenakan.

JIM mengingatkan penaja dan majikan kepada warga asing supaya lebih bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini