Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan
berikutan penemuan sebuah motosikal dan sepasang selipar
di atas jambatan Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu, Kelantan. 
 
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supritendan Mohd. Suhaimi Ali, pihaknya menerima laporan daripada orang awam jam 7.28 pagi tadi. 

Katanya, susulan laporan itu pihaknya ke lokasi dan hasil pemeriksaan ke atas motosikal terbabit menemui satu kad pengenalan di bawah tempat duduk.
 
Berdasarkan semakan alamat, pihaknya menghubungi isteri mangsa dan isterinya mengesahkan kenderaan dan selipar adalah milik suaminya. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini