Golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas serta individu berpenyakit kronik digalakkan untuk mendapatkan dos penggalak kedua.

Ia bagi meningkatkan imuniti mereka dalam mencegah dijangkiti COVID-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata dijangka berlakunya pasang surut kes COVID-19 dan kemungkinan negara dilanda gelombang baharu dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.

Khairy berkata setakat semalam, seramai 107,844 orang telah menerima suntikan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 dan 57,834 daripada jumlah itu terdiri dalam kalangan individu berusia 60 tahun ke atas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini