Seorang warga emas berusia 92 tahun maut dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku jam 9.10 pagi tadi. Kejadian berlaku Kilometer 2.5 Jalan Kangar, Padang Besar menghala ke Kangar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, mangsa yang maut ditempat kejadian dikenali sebagai Abdullah Saad dari Kampung Sempering dekat Kangar.

Hasil siasatan mendapati, mangsa yang menunggang motosikal telah dirempuh sebuah kereta dari arah belakang ketika melalui lokasi kejadian. Akibat rempuhan berkenaan, mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Manakala pemandu kereta berusia 35 tahun yang bekerja sebagai buruh hanya mengalami kecederaan dan tidak mempunyai lesen memandu ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini