Seorang warga emas maut selepas jatuh terhempas di atas batu dari ketinggian kira-kira 6 meter di Pantai Teluk Batik, Lumut Perak.Difahamkan mangsa yang berumur 73 tahun itu, dipercayai sedang memancing di kawasan tebing bukit sebelum terjatuh. Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira kira pukul 7,15 petang Ahad. Mangsa dipercayai cedera parah di bahagian kepala dan disahkan maut oleh pegawai perubatan Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut . Operasi tamat kira kira pukul 9.50 malam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini