Seorang lelaki warga emas maut dalam nahas jalan raya Lebuhraya Plus berhampiran Rawang, Selangor malam tadi.

Pikap dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan, menyebabkan ia terlanggar sebuah treler yang diletak di bahu jalan.

Pengarah bomba Selangor, Norazam Khamis berkata mangsa, Raja Hizad Raja Kamaruzaman yang berusia 67 tahun tersepit di tempat duduk pemandu.

Warga emas itu katanya meninggal dunia di tempat insiden.

Kes dirujuk mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini