Seorang warga emas maut dalam nahas melibatkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Datin Halimah, Johor Bahru, Johor 6.45 pagi tadi.

Mangsa, 65 tahun yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, AQCP Raub Selamat memaklumkan, ketika kejadian, mangsa dipercayai memasuki lorong secara tiba-tiba menyebabkan pelanggaran dengan kenderaan dipandu lelaki berusia 25 tahun.

Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini