Seorang warga emas maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Kuala Kangsar, Taman Makmur dekat Sungai Siput, Perak. Mangsa, Nafisah Abd Rahman, 63 tahun maut di lokasi insiden.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput memaklumkan, kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas dan memasuki laluan bertentangan, dan melanggar sebuah kereta yang melalui jalan tersebut. 

Mangsa yang tersepit, dikeluarkan pihak bomba dan penyelamat. Sementara mangsa lain yang cedera ringan, dirawat pasukan EMRS Bomba. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini