Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan kambing betina.

Tertuduh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di belakang sebuah rumah Kampung Sungai Buaya, Rawang pada 1.30 tengah hari,Julai lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Disember ini untuk sebutan semula kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini