Seorang warga emas ditemui tidak bernyawa di atas bumbung rumahnya di Felda Pasak di Kota Tinggi, Johor, petang semalam.

Mangsa, Yam Ramin, 80 tahun, dilapor naik ke atas rumah untuk melihat bumbung yang baru dibaiki.

Mangsa disedari pengsan oleh jirannya yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Rafi Mohd Nor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 3.44-minit petang.

Sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi tamat pada 5.25-minit petang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini