Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati agar penerima suntikan vaksin Sinovac sebelum ini terutama warga emas untuk hadir janji temu pemberian dos penggalak COVID-19.

Menurut Menterinya, Khairy Jamaluddin, kumpulan terbabit paling berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 sekiranya tidak menerima dos penggalak.

Setakat ini, sebanyak 2,457,510 dos penggalak sudah diberikan.

Pemberiannya akan ditingkatkan kepada 150,000 dos sehari berbanding 120,000 dos sebelum ini dan akan ditingkatkan sehingga 200,000 dos sehari secara berperingkat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini