Seorang warga emas rugi lebih RM600,000 selepas diperdaya sindiket penipuan telefon di Johor Bahru, Johor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, ACP Amran Md Jusin berkata, sindiket yang menyamar sebagai anggota polis memberitahu mangsa kononnya terlibat pengambilan ubat terlarang dan pengubahan wang haram.

Suspek kemudian mengarahkan mangsa memindahkan semua wang daripada akaun miliknya ke satu akaun sindiket, bagi tujuan siasatan. Suspek turut berjaya meyakinkan mangsa bahawa akaun bank miliknya akan diaudit dan disiasat.

Sebanyak 22 transaksi wang simpanan mangsa dilakukan bermula 11 mei sehingga 5 jun lalu. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini