Warga kerja Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memainkan peranan penting dalam menyebar luas dasar negara ke segenap lapisan masyarakat.

Rancangan Malaysia Ke-12 yang bertemakan Keluarga Malaysia cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antaranya, perlu diterjemahkan dengan baik dalam usaha mencapai hasrat setiap ahli Keluarga Malaysia tanpa mengira agama, bangsa mahupun kaum meningkatkan kesejahteraan dan menikmati taraf hidup yang lebih baik. 

Menurut Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mohammad Mentek, peranan itu antara lain untuk memastikan kesalinghubungan komunikasi terus mampan malah dipertingkat dan dimajukan dari semasa ke semasa supaya penyampaian perkhidmatan berada pada tahap optimum.
 
Beliau berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Majlis Jasamu Dikenang KKMM Tahun 2020 Peringkat Zon Timur di Kota Bharu, Kelantan.

Majlis yang diadakan mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) ini meraikan 39 menerima APC, enam pesara dan dua pegawai AKRAB.

Datuk Seri Mohammad melakukan lawatan kerja selama tiga hari ke Kelantan untuk bersama-sama dengan warga kerja setiap agensi di bawah KKMM.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini