Semua warga kerja di setiap peringkat kementerian Kerja Raya perlu menerapkan konsep “Keluarga KKR”. Ia bagi mewujudkan budaya kerja harmoni, bekerjasama, menghargai satu sama lain dan saling menghormati.

Jelas Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof ia mampu membentuk warga kerja yang bersatu hati dan bersepakat dalam mengembeleng tanggungjawab yang diamanahkan. Beliau ditemui media selepas menyempurnakan Hari Psikologi peringkat Kementerian sempena Bulan Kaunseling dan Bulan kesedaran Kesihatan mental Sedunia di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini