Terbaharu Ukraine dijangka mewajibkan keperluan visa untuk warga Rusia yang ingin memasuki negara itu mulai 1 Julai ini.

Presidennya Volodymyr Zelenskyy berkata, ia sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan, kedaulatan, dan integriti negara itu.

Zelenskyy juga berharap anggota Kabinet mempertimbangkan untuk semakan semula kemasukan warga Rusia ke Ukraine.

Katanya jemaah Menteri perlu membuat keputusan penting mengenai resolusi ‘Penamatan Perjanjian antara Kerajaan Ukraine dan Kerajaan Rusia, berkaitan perjalanan tanpa visa untuk rakyat di kedua-dua negara serta pelaksanaan beberapa perjanjian antarabangsa antara Ukraine dan Rusia.

Sejak krisis tercetu, lebih 14 juta rakyat Ukraine terpaksa meninggalkan kediaman, termasuk lebih 7.7 juta telah melarikan diri ke negara lain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini