Waris nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 mendesak hakim yang terlibat dengan kes berkenaan supaya menyiasat dakwaan pelibatan Rusia dalam insiden itu.

Ia termasuk peranan Rusia dalam konflik di Ukraine, yang sebahagiannya mungkin mencetuskan serangan ke atas pesawat itu.

Waris nahas mahu siasatan terperinci dijalankan selepas wujud dakwaan pelibatan pegawai tertinggi tentera Kremlin dalam insiden itu.

Keengganan Rusia bekerjasama dalam siasatan MH17 juga memberi bayangan ada sesuatu yang tidak kena namun Rusia sebelum ini telah menafikan sebarang pelibatan dalam nahas berkenaan.

Pasukan penyiasat merumuskan pesawat MH17 ditembak dengan peluru berpandu darat ke udara, ketika melintasi ruang udara Ukraine.

Nahas itu mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal dan empat suspek iaitu tiga daripadanya warga Rusia dan seorang warga Ukraine dibicarakan.

Perbicaraan dijangka disambung semula pada Disember dan keputusan perbicaraan dijadual tahun depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini