Seorang wartawan Amerika Syarikat yang ditahan di Myanmar atas pelbagai tuduhan kini menghadapi dua tuduhan baharu, keganasan dan menghasut.

Danny Fenster, berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, dia sudah dibicarakan atas dakwaan menggalakkan bantahan terhadap tentera, berkelakuan menyalahi undang-undang dan melanggar peruntukan imigresen.

Fenster berkhidmat dengan Frontier Myanmar hampir setahun lalu, ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum ditempatkan di penjara Insein, Yangon.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini