Di Yaman, seorang wartawan yang dalam perjalanan ke hospital untuk melahirkan anak keduanya maut dalam serangan bom.

Media tempatan melaporkan serangan itu menyasarkan kereta yang dinaiki bersama suaminya.

Suami wanita itu yang juga seorang wartawan cedera dalam kejadian di selatan bandar Aden.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan kejam tersebut.

Sebelum ini, wartawan AFP, Nabil Hasan al-Quaety turut terkorban ditembak oleh penyerang tidak dikenali pada tahun lalu ketika keluar dari kediamannya di Aden.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini