Lagi petugas media maut di Somalia. Terbaharu Pengarah Radio Mogadishu, Abdiaziz Mohamud Guled yang juga wartawan terkenal negara tersebut maut dibom. Beliau yang juga pengkritik kumpulan militan Al-Shabaab dibunuh oleh seorang pengebom berani mati di Mogadishu. AFP melaporkan Al-Shabaab mengaku menjadi dalang insiden letupan berkenaan.

Serangan itu turut mencederakan dua lagi individu iaitu Pengarah Televisyen Kebangsaan Somalia, Sharmarke Mohamed Warsame serta seorang pemandu. Sebelum ini Pemantau media, Reporters Without Borders atau dikenali sebagai RSF pernah mendedahkan Somalia adalah negara yang paling berbahaya di Afrika bagi pekerja media dengan lebih 50 terbunuh sejak 2010.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini