Siapa rindu nak makan nasi kenduri kahwin? Tapi tak tahu nak pergi kenduri kahwin siapa?

Tular di laman media sosial sebuah video memaparkan deretan kanopi yang dihias seperti sebuah majlis kenduri kahwin.

Lokasinya yang terletak di bahu jalan itu, ternyata bukan lah seperti yang kita sangka kan tetapi ia adalah sebuah kedai makan yang bertemakan kenduri kahwin.

Baik dari segi dekorasi, ia cukup mengelirukan. Siap ada bunga manggar, muzik kahwin pun ada.

Kedai ini menghidangkan segala jenis masakan kenduri kahwin, dan nyata ia menerima sambutan baik dari masyarakat.

Rata-rata netizen memuji strategi pemasaran yang digunakan di kedai makan ini sehinggakan tular dan menerima 300,000 tontonan di TikTok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini