Kerajaan menasihatkan umat Islam yang ingin menunaikan umrah agar memilih agensi yang berdaftar dan sah di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).
 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, ia bagi mengelakkan mereka daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab.

Ujarnya, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan kes berkait penipuan selepas kebenaran pengoperasian umrah diberi 18 Oktober lalu.

Beliau turut menasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan syarikat atau agen yang menawarkan pakej dengan harga yang rendah berbanding harga biasa.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Serahan Program Tabung Haji (TH) Prihatin di Pejabat TH di Kota Bharu, Kelantan.

Untuk rekod, harga lantai bagi mengerjakan umrah adalah sebanyak RM6,900 untuk tempoh 12 hari dan 10 malam sesuai ketetapan MOTAC baru-baru ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini