Pelakon, Wawa Zainal selamat melahirkan anak keempat awal pagi semalam.

Wawa berkata, kelahiran kali ini amat mencabar selain lebih menyakitkan daripada kelahiran sebelum ini.

Wawa mula rasa sakit pada jam 2 pagi namun tidak sampai hati untuk mengejut suaminya Aeril Zafriel yang sedang lena tidur.

Dalam masa sama, suami Wawa yang juga pelakon Aeril Zafrel mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan isterinya.

Bagaimanapun kedua duanya  masih belum berkongsi jantina bayi mereka selain meminta peminat mencadangkan nama buat bayi comel itu.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini