Kerajaan akan sentiasa memastikan kediaman yang ditawarkan kepada Keluarga Malaysia memenuhi keperluan semasa, serta persekitaran yang selesa, kondusif, mesra keluarga dan praktikal selain mampu dimiliki.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia sejajar dengan wawasan Satu Keluarga Satu Rumah.

Datuk Seri Ismail Sabri turut menyaksikan penyerahan sijil Malaysia Book of Records kepada SkyWorld bagi Anugerah SkyBridge Kediaman Tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 170.55 meter yang dibina di Residensi SkyAwani 3.

Setakat ini, SkyWorld telah menjual sejumlah 6,236 unit kediaman Residensi Wilayah Keluarga Malaysia di bawah projek SkyAwani 1 hingga 5.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini