Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia, WAWASANITA, komited membantu sehingga seribu peniaga wanita mengembangkan perniagaan ke luar negara.

Itu sasaran untuk tahun ini, sebagai usaha memulihkan semula perniagaan golongan tersebut yang turut terjejas akibat pandemik Covid-19.

Presidennya, Norlaili Alias berkata, antara pasaran antarabangsa yang akan diberi tumpuan termasuk Korea, China, Kanada dan Thailand.

Beliau bercakap kepada media pada program pengukuhan rangkaian perniagaan WAWASANITA di ibu negara.

Program yang disertai 160 usahawan, menjadi platform mempromosikan produk tempatan seperti makanan dan minuman serta penjagaan kesihatan ke pasaran global.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini