Malaysia berada di kedudukan ke-32 Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2022, turun tujuh tangga dari kedudukan ke-25 pada 2021.

Sementara Thailand di tangga ke-33 kali ini berbanding ke-28 pada 2021; dan Indonesia di ranking ke-44 berbanding di kedudukan ke-37 sebelum ini.

Menurut Pusat Daya Saing Dunia (WCC) IMD, penurunan prestasi berikutan pembukaan semula ekonomi yang perlahan pasca-COVID-19.

Rantau Asia juga menyaksikan ranking China turun satu tangga kepada 17, menunjukkan pemulihan ekonomi yang buruk dijejaskan lagi strategi sifar COVID.

Bagaimanapun, China masih mendahului ekonomi Asia-Pasifik bersama Singapura (ketiga), Hong Kong (kelima) dan Taiwan (ketujuh).

Sementara India mencatatkan peningkatan ketara dalam kalangan ekonomi Asia, berada di kedudukan ke-37 berbanding ke-43 sebelum ini.

Sementara itu, Denmark, sebagai negara paling maju dari segi digital di dunia, mencapai kedudukan teratas buat kali pertama dalam sejarah 34 tahun ranking ini.

Switzerland turun ke tangga kedua, walaupun kekal kukuh dalam ranking keseluruhan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini