Program Makanan Sedunia, WFP dan Agensi Kanak-Kanak PBB beri amaran sekurang-kurangnya satu juta kanak-kanak di Afghanistan berisiko mati akibat kebuluran dan kekurangan makanan yang teruk tanpa rawatan segera.

Kebanyakan hospital di negara itu sedang bergelut dengan isu kekurangan zat makanan yang semakin meningkat ketika ekonomi merudum menyebabkan berjuta-juta orang tidak mampu membeli makanan. Bilangan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital akibat kekurangan zat meningkat dua kali ganda pada Oktober berbanding bulan sebelumnya.

Menurut Ketua Jabatan Padetriatik Hospital Mirwais di Kandahar, bekalan makanan dan ubat-ubatan sedia ada kini hanya mampu bertahan untuk kurang dari tempoh enam bulan.

Tinjauan WFP mendedahkan dianggarkan 3.2 juta kanak-kanak di bawah usia 5 tahun bakal menderita kekurangan zat makanan menjelang akhir tahun ini.

PBB menyatakan negara yang mengalami ketidakstabilan itu mengalami satu daripada krisis kemanusiaan terburuk dunia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini