WhatsApp menyekat lebih 1.75 juta akaun pengguna India November lalu kerana didakwa menyalahgunakan perkhidmatannya.

Itu dinyatakan dalam laporan bulanan keselamatan pengguna WhatsApp yang berpangkalan di Amerika Syarikat

Akaun mereka disekat susulan aduan diterima daripada pengguna lain menerusi mekanisme pengesanan penyalahgunaan dilaksanakan syarikat itu yang memantau aktiviti pengguna di platform berkenaan.

Laporan bulanan WhatsApp itu diterbitkan mengikut Peraturan Teknologi Maklumat India 2021 yang berkuat kuasa pada Mei lalu dengan menetapkan platform digital besar membabitkan lebih lima juta pengguna, perlu menerbitkan laporan pematuhan setiap bulan mengenai aduan diterima dan tindakan diambil.

November lalu, WhatsApp menerima 602 laporan mengenai pelanggaran pengguna terhadap syarat perkhidmatannya.

Jurucakap WhatsApp berkata, syarikat itu melabur dalam teknologi kecerdasan buatan dan teknologi tercanggih lain, bagi memastikan penggunanya selamat di platform itu.

Oktober lalu, WhatsApp menerima 500 laporan rungutan selepas dua juta akaun pengguna di India disekat. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini