Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO mendedahkan hampir 20 juta kanak-kanak seluruh dunia tidak diberi suntikan vaksin pada 2018. Angka itu menurut badan dunia berkenaan, perlu diberi perhatian memandangkan peningkatan kes demam campak dilaporkan mencecah 350 ribu kes bagi tahun sama dan pada tahap merbahaya.Pengarah Imunisasi dan Vaksin, Kate O’Brien berkata, pada tahun 2017, hampir 19 juta kanak-akan tidak mendapat vaksin atau disuntik vaksin dengan secukupnya.Bagi kes demam campak pula, statistik tahun lalu merupakan peningkatan dua kali ganda berbanding 2017.WHO mahu kempen kesedaran kepentingan vaksin kepada kesihatan kanak-kanak ditingkatkan supaya tiada lagi kanak-kanak terlepas suntikan vaksin.Badan dunia itu memberi penekanan kepada isu vaksin kerana kes demam campak bagi tahun ini akan lebih tinggi.Suku pertama 2019 merekodkan kes demam campak 300 kali lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.#

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini