Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali memberi amaran bahawa pandemik Covid-19 masih jauh daripada berakhir.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata kes yang dilaporkan meningkat di hampir 70 negara di semua wilayah.

Berucap pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-75, Ghebreyesus berkata, agensi itu kini menghadapi tugas memulihkan perkhidmatan kesihatan penting, dengan 90 peratus negara anggota melaporkan gangguan satu atau lebih perkhidmatan kesihatan penting.

Katanya lagi, pandemik Covid-19 telah menunjukkan mengapa dunia memerlukan WHO yang lebih kukuh dan dibiayai secara mampan.

Tambahnya, WHO masih jauh di belakang untuk melihat 1 bilion lagi orang mendapat manfaat daripada perlindungan kesihatan sejagat menjelang tahun depan. Ghebreyesus juga berkata, kerajaan harus meletakkan kesihatan rakyat sebagai keutamaan dalam pelan rancangan pembangunan dan pertumbuhan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini