Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati kadar penularan Covid-19 di Eropah di tahap amat membimbangkan.

Pengarah WHO Eropah, Dr Hans Kluge mendedahkan, kadar penularan di 53 negara Eropah adalah tinggi dan keadaan diburukkan dengan kehadiran varian Delta.

Situasi itu menyumbang kepada lonjakan kes buat minggu kelima berturut-turut.

Dr Kluge berkata, sekiranya keadaan itu berterusan, kadar kematian di Eropah dan Asia Tengah dijangka mencapai 500,000 orang menjelang Februari tahun depan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, negara Eropah perlu mengubah taktik pengurusan wabak dengan beralih kepada langkah pencegahan penularan berbanding menumpukan tindakan terhadap lonjakan kes.

Kes baharu Covid-19 di benua melaporkan kenaikan sebanyak 6 peratus atau hampir 1.8 juta minggu lalu, berbanding seminggu sebelumnya.

Selain itu, dalam tempoh seminggu lalu juga kadar kematian pesakit Covid-19 di Eropah naik 12 peratus.

Setakat ini, sekitar 47 peratus penduduk Eropah sudah lengkap divaksin dan hanya lapan negaranya sudah mencapai kadar vaksinasi 70 peratus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini