Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan dua rawatan baharu untuk COVID-19 dalam usaha membendung kes kematian serta kritikal akibat virus itu.

Pakar WHO memaklumkan bahawa ubat Baricitinib dalam rawatan artritis digunakan bersama Kortikosteroid untuk merawat pesakit COVID-19 yang kritikal.

Manakala rawatan antibodi sintetik, Sotrovimab disarankan untuk pesakit COVID-19 yang tidak serius. Perkembangan itu menyusul ketika penularan varian Omicron menyebabkan lonjakan kemasukan pesakit ke hospital di serata dunia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini