Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih kekal dengan pendirian mengesyorkan kuarantin 14 hari biarpun kebanyakan pesakit COVID-19 pulih dalam tempoh lima hingga tujuh hari.

Bagaimanapun WHO menegaskan ia masih kekal sebagai cadangan yang boleh diikuti atau sebaliknya.

Ahli Pasukan Sokongan Pengurusan Insiden COVID-19 WHO, Abdi Mahamud berkata setiap negara perlu membuat keputusan mengenai tempoh kuarantin berdasarkan situasi masing-masing.

Sebagai contoh di negara yang mencatat jangkitan rendah, tempoh kuarantin yang lebih lama boleh membantu mengekalkan bilangan kes serendah mungkin.

Sebaliknya di negara yang kes tidak dapat dikawal, tempoh kuarantin lebih singkat mungkin wajar untuk memastikan aktiviti harian negara tidak terjejas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini