Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan vaksin Covid-19 oleh pengeluar ubat-ubatan India, Bharat Biotech, bagi kegunaan darurat.

Langkah itu membuka jalan untuk suntikan vaksin buatan tempatan dikenali Covaxin itu diterima sebagai vaksin yang sah di banyak negara miskin.

Dalam catatan di Twitter, WHO memberitahu kumpulan penasihat teknikalnya sudah memutuskan manfaat Covaxin secara ketara melebihi risiko dan ia memenuhi piawaian WHO.

Covaxin juga disemak oleh Kumpulan Pakar Imunisasi Strategik WHO, yang mengesyorkan penggunaannya dalam dua dos, dengan selang empat minggu, bagi semua kumpulan usia 18 tahun dan ke atas.

Vaksin tersebut adalah yang ketujuh yang mendapat kelulusan WHO, selepas Pfizer/BioNTech dan Moderna, AstraZeneca dan Johnson & Johnson serta vaksin Sinovac dan Sinopharm.

Kelulusan WHO juga mungkin membuka laluan bagi India untuk menyumbang bekalan kepada usaha perkongsian vaksin global COVAX.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini