Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menafikan kenyataan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, mengenai jangkitan varian Omicron seharusnya ‘dialu-alukan’ kerana ia mungkin penamat pandemik COVID-19.

Kenyataan perlekehkan Omicron ini dibidas Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan.

Jelas Ryan, walaupun Omicron mungkin jangkitan virus yang kurang serius, ini tidak bermakna koronavirus itu kurang berbahaya.

WHO turut memberi amaran dan menggesa masyarakat bersiap sedia menghadapi ancaman serentak wabak COVID-19 dan penyakit pernafasan lain menjelang musim bunga nanti.

Sementara itu, WHO memberi gambaran lebih 50% penduduk benua Eropah akan dijangkiti varian Omicron menjelang Mac ini.

Malah Bank Dunia memberi amaran varian itu boleh merencatkan pemulihan ekonomi sejagat.

Jutaan penduduk di China sekali lagi diletakkan di bawah perintah berkurung, tepat dua tahun selepas Beijing melaporkan kematian pertama koronavirus.

Varian Omicron yang lebih mudah berjangkit sudah menular di banyak negara memaksa kerajaan melaksanakan langkah sekatan baharu dan suntikan dos penggalak.

Dalam pada itu, kerajaan Mexico meminta rakyatnya tidak menjalani ujian pengesanan COVID-19 di fasiliti kesihatan awam sekiranya menunjukkan simptom jangkitan.

Sebaliknya, individu itu perlu mengasingkan diri di rumah bagi mengurangkan krisis kesihatan awam.

Tindakan ini dikeluarkan susulan orang ramai masih beratur panjang di hospital awam, farmasi dan pos kesihatan bagi mengesahkan dijangkiti atau tidak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini