Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sedang memantau varian baharu Covid-19 dikenali sebagai Varian “Mu”.

Varian Mu atau nama saintifiknya, B.1.621, dikesan buat pertama kali di Colombia pada Januari dan dikategorikan sebagai “variant of interest”.

Dalam buletin mingguannya, WHO berkata, Varian tersebut mempunyai mutasi yang menunjukkan risiko ketahanan terhadap vaksin dan memerlukan kajian lebih lanjut.

Kemunculan mutasi virus baharu itu mencetuskan kebimbangan penularan yang lebih meluas ketika kadar jangkitan global semakin meningkat.

Ia termasuk varian Delta yang mudah menular terutama dalam kalangan individu yang belum divaksin atau di wilayah yang melonggarkan langkah anti-virus.

Ketika ini, WHO sedang mengenalpasti empatĀ ‘variant of concern’ termasuk Alpha, yang terdapat di 193 negara serta Delta di 170 negara.

Sejak Varian Mu dikesan di Colombia, varian itu turut dikesan di beberapa negara Amerika Selatan serta Eropah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini