Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memerlukan dana dan keupayaan lebih besar bagi menyiasat pandemik.

Menurut pakar peringkat tinggi, usaha menamatkan COVID-19 menemui jalan buntu selepas tiada kesepakatan dunia.

Ia juga terhalang akibat akses vaksin yang terhad di negara berpendapatan rendah.

Justeru, panel penasihat antarabangsa mengulangi gesaan pembaharuan segera.

INi termasuk pembiayaan baharu sekurang-kurangnya AS$10 bilion setahun sebagai kesiapsiagaan pandemik dan rundingan mengenai perjanjian pandemik global.

Lebih 257 juta orang dilapor dijangkiti COVID-19 dan 5.4 juta maut sejak kes pertama dikesan China pada Disember 2019.

Menteri kesihatan dari 194 negara anggota WHO akan bersidang selama tiga hari minggu hadapan untuk mempertimbang rundingan perjanjian bertujuan mencegah pandemik pada masa depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini