Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan pemberian lesen global untuk teknologi serologi bagi mengesan antibodi COVID-19.

Lesen ini diberikan tanpa royalti kepada negara miskin dan berpendapatan sederhana.

Ia dilaksanakan di bawah perjanjian pelesenan bukan eksklusif yang dicapai dengan Majlis Penyelidikan Kebangsaan Sepanyol (CSIC) yang ditandatangani oleh WHO Medicines Patent Group (MPP).

Menurut WHO, usaha bekenaan bertujuan meningkatkan pengeluaran peralatan ujian antibodi Covid-19 dan memudahkan penciptaan serta pengkomersialan ujian serologi CSIC wabak itu di seluruh dunia.

WHO juga memaklumkan lesen akan terus berkuat kuasa sehingga tarikh paten terakhir tamat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini