Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan negara anggotanya agar menarik balik atau melonggarkan larangan perjalanan antarabangsa meskipun pandemik COVID-19 masih dianggap membimbangkan.

Jawatankuasa Kecemasan WHO membentangkan beberapa cadangan kepada ketua pengarah WHO, yang memutuskan bahawa pandemik COVID-19 terus menjadi kebimbangan terhadap kesihatan awam di peringkat antarabangsa.

Bukti vaksinasi terhadap COVID-19 tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya cara atau syarat membenarkan perjalanan antarabangsa. Ini memandangkan akses global yang terhad dan pengedaran vaksin COVID-19 yang tidak saksama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini