Rawatan COVID-19 menggunakan plasma darah pesakit yang pulih, tidak sepatutnya diberikan kepada mereka yang mengalami gejala ringan atau sederhana.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), plasma pemulih menjanjikan tindak balas awal apabila diberikan secara suntikan kepada pesakit.

Namun dalam nasihat kesihatan Jurnal Perubatan British, WHO berkata, bukti semasa menunjukkan rawatan itu tidak meningkatkan daya tahan mahupun mengurangkan penggunaan mesin ventilasi.

Malah, ia juga mahal serta mengambil masa lama untuk dilaksanakan.

Sebaliknya rawatan itu hanya sesuai sebagai sebahagian daripada ujian klinikal.

Plasma pemulih adalah bahagian cecair daripada darah pesakit Covid-19 yang pulih dan mengandungi antibodi terhasil selepas jangkitan.

WHO berkata, cadangan terbaharu itu juga berdasarkan bukti daripada 16 ujian membabitkan 16,236 pesakit Covid-19 dengan jangkitan ringan, teruk dan kritikal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini