Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan varian baharu COVID-19 yang kini menular di Afrika Selatan iaitu varian Omicron.

Ia dikategorikan sebagai Varian Yang Membimbangkan (VOC).

Kebanyakan pakar virologi juga mengkategorikan Omicron sebagai varian yang merbahaya.

Varian itu dilaporkan mudah menular dengan cepat dan menjadikan vaksin kurang berkesan.

Menurut pakar, Omicron agak berbeza dengan virus koronavirus asal yang menjadi rujukan vaksin COVID-19.

Disebabkan kebimbangan tersebut, Kesatuan Eropah (EU) menyekat kemasukan pengunjung dari negara-negara Afrika Selatan.

Sekatan dikenakan terhadap Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe.

Bagaimanapun langkah EU itu mendapat reaksi negatif daripada WHO.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini