Selepas hampir dua tahun dibina di Saint-Nazaire, Perancis, kapal persiaran terbesar di dunia “Wonder of the Seas” akhirnya telah siap sepenuhnya dan kini sedang menuju ke pelabuhan Marseille untuk melakukan beberapa persiapan akhir menjelang pelayaran sulongnya ke Asia pada Mac 2022.

Kapal milik Royal Caribbean itu akan berlayar dari pelabuhan Fort Lauderdale Florida, Amerika Syarikat dan dijangka menuju ke  Shanghai, Hong Kong dan Jepun.

Pelayaran empat hingga Sembilan malam itu turut singgah di beberapa bandar terkemuka dunia seperti Rome dan Barcelona.

Dengan ukuran 362 meter panjang dan lebar 64 meter lebar, “Wonder of the Seas” merampas gelaran kapal persiaran terbesar dunia dari kapal “Symphony of the Seas”.

Dilengkapi 18 dek, 24 lift tetamu, 2,867 bilik dan mampu memuatkan sehingga 6,988 tetamu.

Kapal ini turut mempunyai kemudahan mengagumkan bertaraf dunia antaranya lapan kawasan kejiranan, taman terbesar, gelongsor tertinggi dan ruang aktiviti ‘rock climbing’, gelanggang bola keranjang dan bola tampar, padang golf dan pelbagai kemudahan lain.

Penumpang juga berpeluang melihat taman pertama di atas laut yang menempatkan lebih 20,000 tumbuh-tumbuhan.

Pelayaran akan bermula pada Mac hingga November tahun depan dan kini sudah dibuka untuk tempahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini