Tiger Woods akan kembali ke saingan golf kompetitif pada Kejuaraan PNC minggu depan di Florida, Amerika Syarikat.

Bekas pemain nombor satu dunia itu tidak bermain selepas terlibat kemalangan kereta 10 bulan lalu dan akan membuat kemunculan pada kejuaraan yang bermula 16 hingga 19 Disember ini.

Menurut Woods menerusi akaun Twitternya, dia ingin menutup tahun ini dengan beraksi pada Kejuaraan itu bersama anaknya, Charlie. Juara 20 gelaran utama itu sebelum ini mengalami kecederaan kaki kanan apabila kenderaan dipandunya di kawasan kejiranan Los Angeles kemalangan pada Februari.

Kejuaraan PNC yang menjadi sebahagian daripada Jelajah PGA akan diadakan di Ritz-Carlton Golf Club di Orlando. Woods dan Charlie pernah bermain pada kejohanan sama pada 2020.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini