Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) kini berusaha berperanan lebih tegas dalam isu mengenai pemegang hak harta intelek bagi vaksin COVID-19.

Langkah itu diambil ketika Persidangan Peringkat Menteri WTO ke-12 yang bermula hujung minggu lalu hingga esok.

Mesyuarat peringkat menteri yang pertama sejak Disember 2017 itu, tertumpu kepada draf perjanjian untuk mengetepikan paten buat sementara waktu bagi vaksin COVID-19.

Britain dan Switzerland antara negara tuan rumah bagi syarikat farmaseutikal utama yang membantah usaha itu.

Mereka membentangkan bantahan di WTO yang menyaksikan keputusan dibuat secara konsensus, bukannya undi majoriti.

Syarikat farmasi besar di dunia menegaskan, pelucutan paten akan melumpuhkan pelaburan dan inovasi.

Selain itu, langkah berkenaan telah melepasi tarikh jualan kerana dunia kini mempunyai lebihan dos vaksin. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini