Berbasikal sejauh 16 kilometer menyampaikan bantuan.

Itu inisiatif dibuat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam memberi sumbangan makanan dan keperluan asas kepada 60 penerima yang terjejas pendapatan ekoran penularan COVID-19.

Program yang dilaksanakan di empat kawasan komuniti sekitar Johor Bahru, pagi tadi itu juga menjadi medium menyampaikan dakwah berkenaan keindahan Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Kamarul Arif Tuan Soh berkata, anjuran program kali ke tiga itu disertai 30 ahli yayasan, yang berbasikal bagi menyampaikan bantuan ke kawasan komuniti terlibat.

Program sebelum ini dijalankan di Pahang dan Kelantan, dan dijangka diteruskan ke negeri – negeri lain dari semasa ke semasa.
 
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan kepada penduduk Pangsapuri Ledang, Bandar Baru UDA, Johor Bahru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini