Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mahu memberi tumpuan penuh kepada kerja-kerja dakwah.
Ia sejajar dengan tujuan penubuhan yayasan.
Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan berkata pelaksanaan aktiviti kebajikan akan diperlahankan buat masa ini agar tidak bertindih dengan fungsi agensi-agensi lain. Ia penting kerana tidak banyak agensi atau pertubuhan yang tertumpu kepada gerakan dakwah seperti YADIM.